Monday, December 17, 2012
Road Trip To Life
Hidup ataupun kehidupan ataupun lebih dikenali dengan nama "LIFE" seringkali di war-warkan dari setiap mulut insan, hanya kematangan yang mampu membezakan adakah Life itu hasil dari adunan asli ataupun hanya hidup menongkah arus yang telah ditetapkan kepada manusia. Aku seringkali tersenyum apabila terdengar dari mulut insan, "kita kena enjoy, main game sampai 5-6 pagi, gelak sana sini, habiskan masa sana sini, itu baru life". Kata-kata tentang kehidupan yang amat rendah sekali kalau nak diikutkan buku teks sekolah darjah satu, meleset dari pandangan sebenar dunia tentang akhirat, adakah hidup kita hanya mengejar kemewahan, hanya mengejar kebendaan? populariti, kepuasan maksud yang entah kita pernah sedar diaman penghujungnya? adakah kita seiring dengan jalan-jalan orang yang sedar akan siapa dirinya di dunia ini, yang tahu apa akan jadi pada dirinya di hujung nanti?
Dalamnya erti life itu ditamsilkan oleh pemikiran, pemikiran yang bercorakkan keadilan, mampu untuk menilai mana satu yang patut dan tidak. Bersembang dengan pra matang mampu dijadikan pengajaran untuk diri sendiri, berbicara dengan sang matang mampu dijadikan penerus kehidupan.. Kehidupan bersulamkan gembira, sedih, perit, duka, seronok, bahagia, tenang, gelisah, malap, cerah,bimbang, gentar, takut itu lah sebenar-benar kehidupan yang ingin dikurniakan kepada kita. Adakah berfikir akal kita yang kecil ini, adakah sedar kita yang hina ini akan pesanan-pesanan sulit yang disampaikan. Setiap saat kita dikurniakan Life yang tersendiri, maupun di kala itu saat kita gembira atau sedih dan sebaliknya. Cukuplah Dia sahaja pergantungan kita. Susah untuk menarangkan apa itu life sekiranya otak malas berfikir tentang keajaibannya.
Adakah dikala gembira dikatakan melupakan nikmat? Adakah dikala girang dikatakan tidak cukup akalnya, sedarilah, feel Life inilah yang menjadikan manusia beragam-ragam cara, carilah, pasrah la, terimalah semoga terbuka hatimu dalam sanubari..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment